Pengerusi Bersama GEGAR Dr. Abdul Halim Yusof (Kelantan) dan Mohd Fauzi Abu Samah (Terengganu) sedang menjawab beberapa soalan dari wartawan di sidang media.
KENYATAAN AKHBAR
Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) ditubuhkan pada 5 Disember 2009 yang mewakili Gabungan Badan Badan Bukan Kerajaan Negeri Kelantan (GABUNGAN) dan Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) yang terdiri lebih daripada 50 buah badan bukan kerajaan (NGO).
Matlamat utama penubuhan GEGAR ialah bagi mendapatkan kembali hak royalti berasaskan kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Petroleum menurut Seksyen 4 Akta pada 1975.
GEGAR akan;
i. Mengembelingkan semua pihak tanpa mengira sempadan agama, politik dan bangsa bersama menuntut hak dan maruah rakyat dengan memberikan maklumat dan kesedaran melalui pelbagai cara.
ii. Mengadakan Konvensyen Rakyat: Royalti Petroleum Antara Hak atau Ehsan? Di Kuala Lumpur dalam masa terdekat.
iii. Mengambil tindakan-tindakan yang dirasakan berkesan, bersesuaian dan bertepatan mengikut keadaan dari masa ke semasa bagi mencapai matlamat diatas.
Dengan itu GEGAR mengesa Kerajaan Persekutuan agar memahami isi hati rakyat dan kehendak-kehendak Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kedaulatan negeri-negeri bilamana mereka menyertai Persekutuan Tanah Melayu seterusnya Malaysia.
Saudara Muhammad Riduan Abdullah @ K.Patmanathan dan pasangannya M. Indira Gandhi telah berkahwin dalam agama Hindu serta dikurniakan 3 orang anak (Tevi Darsiny, Karan Dinish, Prasana Diksa).
Saudara Muhammad Riduan Abdullah dan 3 orang anaknya mula menganuti agama Islam pada 11 Mac 2009 di Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Negeri Perak dengan kerelaan hati dan tidak dipaksa.
Pada 2 April Jabatan Agama Islam Perak telah mengeluarkan surat perakuan menyatakan anak-anak beliau telah memeluk agama Islam pada hari tersebut dengan nama Umu Salamah (Tevi Darsiny), Abu Bakar (Karan Dinish) dan Umu Habibah (Prasana Diksa).
Pada 31 Mac 2009, isteri beliau telah melarikan 2 orang anak beliau yang sudah memeluk agama Islam iaitu Tevi & Dinish, beliau telah membuat laporan polis dan kepada Jabatan Agama Islam Perak berkenaan perkara ini.
Hasilnya pada 8 April 2009 Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh Perak telah mengeluarkan Perintah (Ex-Parte) yang menyatakan bahawa pemohon Muhammad Riduan Abdullah diberikan hak jagaan KEKAL keatas ketiga-tiga anaknya.
Berberapa parti politik telah mempolitikan isu ini dan menyatakan beliau tidak berhak membawa anak-anak beliau menganut agama Islam kerana bawah umur.
Pada 13 April beliau telah membuat laporan polis berkaitan keputusan Perintah Mahkamah Tinggi Syariah Perak sebab M. Indira Gandhi tidak mahu menyerahkan 2 lagi anak beliau.
Pada 16 April, seorang ahli Parlimen kaum India telah menegaskan isu saya dan anak-anak sukar diselesaikan d Mahkamah Syariah & Mahkamah Sivil. Perkara ini perlu dibawa ke Kabinet ataupun Parlimen. Selepas kenyataan ini, satu memorandum telah diserahkan kepada Kabinet oleh M.Indira Gandhi melalui bantuan sebuah parti politik.
Pada 23 April, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan akhbar dberdasarkan keputusan kabinet bahawa kanak-kanak dibawah umur akan KEKAL menganut agama asal ketika ibubapa berkahwin sungguh pun selepas salah seorang pasangan itu bertindak menukar agama.
Pada 24 April, dalam Utusan Malaysia melaporkan Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria dukacita dengan keputusan Kabinet tersebut yang bercanggah dengan agama Islam serta tidak dibincangkan bersama-sama Majlis Mufti-Mufti Malaysia dan 100 NGO Islam juga telah membantah akan perkara tersebut.
M. Indira Gandhi mendapat perintah (ex-parte) di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk mendapatkan hak penjagaan keatas tiga anaknya dan menghalang beliau memasuki rumahnya.
Beliau telah mefailkan sebuah Afidavit membantah perintah ex-parte yang diberikan kepada M.Indira Gandhi.
Kesan daripada perkara tersebut, sebuah parti politik dan berberapa NGO bukan Islam (Hindu Sangam dll) telah mengadakan kempen besar-besaran sehinggakan kepada pengendaran dan penampalan 5,000 poster beliau dan anak beliau.
Pada 15 Mei 2009, MahkamahTinggi Ipoh telah membenarkan bantahan beliau dan menangguhkan perintah tersebut hingga didengar semula pada 14 Mei 2009.
Didalam Mahkamah Tinggi Ipoh, Hakim telah membuat keputusan untuk menganggukan perbicaraan kepada tarikh 20 Julai 2009.
Kesan daripada isu terbabit, Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu telah membuat keputusan berkaitan isu dan cadangan mengubah hak penjagaan anak-anak dibawah umur agar mengikut agama asal di tangguhkan supaya dirujuk kepada Majlis Agama Negeri masing-masing.
Kesimpulan daripada kronologi kes terbabit, Sdra Muhammad Riduan b. Abdullah dan seorang anak beliau kini berada dalam keadaan terancam dan perlukan SOKONGAN daripada semua pihak. Bantuan daripada semua pihak bagi memastikan isu ini berjalan dengan lancar dan baik.
GABUNGAN telah mengambil inisiatif ini untuk membantu Saudara Mohd Riduan Abdullah dengan bersetuju bagi melaksanakan perkara berikut;-
RESOLUSI MESYUARAT PENUH GABUNGAN BERKAITAN ISU PEMBELAAN ATAS HAK SAUDARA BARU (MUALAF) DAN HAK PENJAGAAN ANAK-ANAK BAWAH UMUR MENGIKUT SYARIAT ISLAM DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA.
Mesyuarat bersetuju untuk membantu Saudara Muhammad Ridzuan Abdullah dari aspek;-
Mewujudkan JAWATANKUASA BERTINDAK yang akan ditubuhkan pada 1 Ramadhan 1430H bersamaan 22 Ogos 2009 di JKR 10, jam 10 pagi yang terdiri daripada;-
Wakil Kerajaan Negeri Kelantan
i.Wakil pejabat Menteri Besar Kelantan
ii.Wakil JAHEIK
iii.Wakil MAIK
iv.Badan-badan Islam berkaitan
Pemimpin parti politik, pemimpin masyarakat dan pemimpin pertubuhan Islam.
Semua ngo GABUNGAN (22 buah ngo) dan Badan-Badan Bukan Kerajaan lain.
Pasukan peguam Mahkamah Syariah & Mahkamah Sivil
Persatuan Peguam PEMBELA
Individu-individu Islam
Membantu beliau dalam aspek KEBAJIKAN yang meliputi aspek
Sumbangan dana khas – pelancaran dan penubuhan tabung Saudara Baru sempena Bulan Ramadhan
Sokongan dari segi moral & bantuan lain
Membantu menyediakan tempat tinggal yang selamat
Memastikan keselamatan beliau dan anaknya – pasukan keselamatan dan risikan.
Bersedia untuk mewujudkan kembali POLITICAL WILL di Kelantan dan Malaysia melalui kaedah;-
Mendapatkan sokongan pemimpin Kerajaan Negeri, Persekutuan dan Parti-Parti Politik.
Mendapatkan sokongan daripada semua pemimpin NGO’s dan masyarakat
Mengadakan kempen dan caramah kebangkitan mengenai Isu Murtad dan Ancaman terhadap Saudara Baru. – kerjasama dengan HALAQAT, JAHEIK & MAIK untuk dijadikan satu slot khas dalam;-
i.Pengisian bulan Ramadhan – Tazkirah Ramadhan
ii.Khutbah Jumaat
iii.Dengan disertai dengan edaran risalah, mewujudkan blog khas, sidang media dan penerangan.
Mengadakan pertemuan dan perjumpaan dengan Ahli Parlimen yang beragama Islam dan bangkitkan isu ini ke Dewan Negara bagi mengenakan tekanan padu kepada Pihak Mahkamah Sivil agar tidak menyentuh berkenaan isu ini serta sebagai tanda menyokong tindakan Saudara Baru di Malaysia.
Mewujudkan satu pasukan BANTUAN PERUNDANGAN KHAS bagi menangani isu berkaitan yang terdiri daripada pasukan peguam-peguam yang membela isu Umat Islam dan komited dalam perjuangan Isu ini.
Justeru itu, mesyuarat sebulat suarat bersetuju agar pada 1 Ramadhan 1430H nanti akan diwujudkan sebuah Jawatankuasa Bertindak yang merangkumi bidang-bidang tugas diatas dan perkara-perkara yang dirasakan perlu.
TERKINI
Hasil usaha dan berkat pertolongan sahabat-sahabat semua, kini;-
i. Telah berjaya diwujudkan satu jawatankuasa bertindak bagi membantu Saudara Mohd Riduan Abdullah.
ii. Mendapat bantuan penginapan, khidmat guaman dan perbelanjaan harian bagi menampung keadaan semasa beliau dan anaknya.
iii. Kerajaan Negeri Kelantan dan NGO Islam memberikan sokongan padu kepada kes beliau.
iv. Keputusan Mahkamah Syariah memihak kepada beliau, dengan semua Hak Penjagaan Anak-Anak Beliau yang beragama Islam yang dijaga oleh isteri beliau yang masih beragama Hindu diserahkan kepada beliau.
v. Perbicaraan di Mahkamah Sivil ditunda hingga ke tarikh yang ditetapkan, sama-sama kita doakan kemenangan Islam dalam kes ini. Beliau kini memerukan sokongan daripada sahabat-sahabat semua untuk terus bersama agama Islam.
Sama-sama kita semua bersatu padu membantu saudara seagama yang baru memeluk agama Islam.
Mesyuarat penuh GABUNGAN mengenai kes ini, penuh 1 dewan mesyuarat. Disertai 23 buah NGO di Negeri Kelantan. Turut bersama ialah wakil NGO Islam dari Negeri Perak.
Mesyuarat dengan Pasukan Guaman yang mewakili Saudara Riduan.
Perjumpaan dengan YB Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO Negeri Kelantan.
Perjumpaan dengan YAB Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Menteri Besar Negeri Kelantan. Diwakili oleh Pengerusi GABUNGAN, Dr Halim, Timbalan Pengerusi GABUNGAN, Cikgu Halim dan Setiausaha Agung GABUNGAN, Saudara Hisyamuddin.
Penyerahan memorandum kepada YAB Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Menteri Besar Negeri Kelantan.
MAFREL mengambil satu lagi pendekatan proaktif bagi memastikan semua rakyat Malaysia dan Dunia mendapat akses sebenar tentang siatusi perjalanan Pilihanraya di Malaysia yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).
Maka dengan ini MAFREL Kelantan melancarkan blog terbaru MAFREL sebagai satu wadah perkongsian maklumat pintar dalam era teknologi masakini. Serentak dengan ini juga MAFREL Kelantan mengistiharkan akan menjadi Pemantau Pilihanraya Bebas bagi Pilihanraya Kecil Manik Urai, Kelantan.
Segala bukti-bukti bergambar, rakaman video, rekod-rekod kesalahan pilihanraya akan dipaparkan dari masa ke semasa.
KOTA BHARU 15 Jun - Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel) meminta semua pihak yang mendokong parti masing-masing dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai mengelak daripada mengapi-apikan emosi penyokong.
Ketua Misi Pemerhatian Mafrel, Dr. Abdul Halim Yusof berkata, mereka perlu memastikan penyokong bertindak rasional dalam melaksanakan demokrasi yang sihat dan bukannya menganggap ia satu 'peperangan'.
''Semua pihak perlu menghormati undang-undang dan peraturan pilihan raya secara ikhlas dan tidak sama sekali membuat apa-apa justifikasi atau helah untuk melanggarnya," ujar beliau.
Beliau menyatakan demikian dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini semalam berhubung Mafrel berharap dapat turut berperanan memerhati dan memantau pilihan raya kecil itu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai hari penamaan calon bagi Pilihan Kecil Manek Urai manakala hari pengundian pada 14 Julai.
Katanya, Mafrel sedang dalam proses memohon akreditasi pemerhatian perjalanan penamaan calon dan pengundian.
Sempena pelancaran Tabung Amanah Cakna Palestin yang akan berlangsung pada 23 Januari 2009 ini, penganjur menyediakan agenda menarik dan mampu meninggalkan kesan di hati rakyat Kelantan tentang nasib dan penderitaan umat Islam di Palestin.
Atucara bermula seawal jam 5 petang hari berkenaan melalui Sesi Luahan dan Luahan Rasa Kekejaman Israel selama 1 jam 30 minit. Agenda ini bakal diadakan di dataran Stadium Sultan Mohamad ke IV.
Tepat jam 7.20 malam solat magrib dan Solat Hajat Perdana didirikan. Selesai solat berkenaan, solat ghaib untuk rakyat Palestin yang syahid ketika pertempuran diadakan dan zikir munajat selepasnya.
Kemudian, hadirin bersama-sama Tuan Guru Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menunaikan solat isyak.
Acara seterusnya dimulakan dengan persembahan video Palestin berdurasi 20 minit tepat jam 9 malam dan diikuti persembahan pantomen daripada pelajar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).
Acara pembuka tirai sesi malam akan berlangsung di Stadium Sultan Mohamad Ke IV diteruskan dengan menampilkan wakil-wakil agama dari agama Buddha, Kristian dan Hindu memberi ucapan masing-masing. Tidak ketinggalan wakil-wakil parti politik seperti BN dan PR turut sama menyampaikan ucapan.
Menghampiri acara kemuncak malam gerakan amal ini, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Dato' Husam Musa membuat ucapan alua-aluan pada jam 10.30 malam.
Acara kemuncak, ucapan khas pelancaran Tabung Amanah Cakna Palestin oleh Menteri Besar pada jam 10.40 malam diikuti dengan gimik pelancaran tabung berkenaan tepat jam 11 malam.
Sebelum majlis berakhir, turut diadakan acara penyampaian sumbangan Tabung Amanah Cakna Palestin.
Majlis ini diharap menjadi simbol kesedaran dan keprihatinan rakyat negeri ini terhadap nasib umat Islam yang tertindas di Palestin yang pastinya menyentuh perasaan hadirin seterusnya menyemarakkan lagi semangat untuk membantu mereka dengan apa jua cara sekalipun.
Semua Rakyat samada beragama Islam, Hindu, Budha & Kristian.... semua Bangsa samada Melayu, Cina & India.... semua penyokong Parti Politik samada dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional... semua ANDA dijemput untuk HADIR sebagai tanda solidariti anda bagi membantah kekejaman regim Israel & US di Palestin dan pepaduan rakyat Kelantan dalam Isu Sejagat.
Abdul Rahim Sabri | Jan 19, 09 2:26pm - Malaysiakini.com
Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) - Institut Nasional Untuk Ketelusan Pilihanraya (NIEI) - yang memantau pilihanraya kecil Kuala Terengganu Sabtu lalu mendakwa berlakunya amalan rasuah dan penyalahgunaan jentera kerajaan sepanjang kempen pilihanraya kecil tersebut.
Pengerusinya, Yunus Ali berkata, laporan lengkap hasil pemantauan 10 petugas NIEI itu, akan siap dalam masa dua minggu dan akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), kedutaan-kedutaan asing di Malaysia dan semua NGO.
Yunus Ali mendakwa amalan rasuah dan politik janji rasuah oleh Barisan Nasional (BN) berleluasa berlaku dalam pilihanraya kecil tersebut, melibatkan jumlah sebanyak RM 1 billion.
Manakala PAS pula, dakwanya, turut melanggar etika amalan pilihanraya yang baik, antaranya pemberian percuma kerusi roda di Bukit Tepu, khidmat percuma gunting rambut dan rundingan kesihatan pakar homeopati.
Yunus turut mempertikaikan pembiayaan kehadiran menteri-menteri kabinet, menteri besar dan ketua menteri daripada BN dan Pakatan Rakyat serta barisan exco mereka sepanjang kempen pilihanraya kecil tersebut.
Dalam satu kenyataannya yang diedarkan dalam satu sidang akhbar di ibunegara pagi ini, Yunus mendakwa, wang ehsan RM300 bagi orang dewasa dan RM250 untuk muda-mudi, diumumkan akan diagih untuk warga Terengganu.
Manakala pengundi Cina pula, dakwanya, diedarkan angpau sebanyak RM300 sempena perayaan Tahun Baru Cina manakala penarik beca di Kuala Terengganu pula dijanjikan wang ehsan RM10,000 seorang, dakwa Yunus.
Yunus berkata, kehadiran begitu ramai anggota polis dikerahkan bertugas sepanjang pilihanraya kecil di Kuala Terengganu membuat orang ramai terasa tidak selesa dan berpersepsi seolah-oleh dalam keadaan darurat.
Pancing undi
Sepanjang 20 hari petugas NIEI menjalankan tugas pemantauan di Kuala Terengganu, Yunus mendakwa, pihaknya mengenalpasti 14 bentuk yang didakwanya sebagai rasuah, yang dijanjikan oleh BN untuk memancing undi bagi memastikan kemenangan calonnya, antaranya:
Penubuhan dan pemberian RM 1 juta untuk Tabung Kecemasan Nelayan.
Peruntukan RM150,000 untuk skim pembangunan nelayan Kuala Terengganu.
Pemberian secara lambak tanpa tender 583 projek Kelas F yang bernilai RM15.8 juta.
Upacara mengasaskan projek pembinaan unit kardiologi yang bernilai RM10 juta.
Upacara perasmian projek pembinaan masjid di Kubang lkan (Kuala Terengganu) pada 15 Januari 2009.
Upacara pecah tanah pembinaan 1,200 unit Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Perasmian peruntukan RM100 juta untuk membina 1,000 unit rumah kos rendah di Kuala Terengganu.
Pemberian RM6.1 juta untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Wei Sin.
Pemberian sebanyak RM2.5 juta untuk masyarakat Cina Kuala Terengganu.
Pengumuman geran RM 50 juta untuk sekolah-sekolah Cina.
Pemberian pilot E-book (komputer) kepada 100 orang di Kuala Terengganu. Janji pemberian 23,000 buah E-book (komputer), berharga RM 1,300 sebuah, kepada kanak-kanak sekolah.
Seramai 206 orang penenun songket menerima satu set seorang Mesin Tenunan Tradisional yang berharga RM 695 seunit.
Pemberian RM408.6 juta kepada kerajaan Negeri Terengganu sebagai royalti minyak.
Mengisytiharkan projek untuk meluaskan ruang keluar-masuk pelabuhan perikanan di Pelabuhan Cendering.
Dakwaan salahguna kuasa
Dalam kenyataan itu juga, Yunus turut mendakwa berlakunya penyalahgunaan kuasa dan jentera kerajaan di peringkat tempatan, negeri dan persekutuan.
Di peringkat kerajaan tempatan, Datuk Bandar Kuala Terengganu merangkap Pegawai Kanan Pilihanraya, Mat Razali Kassim didakwa berkempen dan mendesak kakitangan di bawahnya untuk mengundi BN. (Beliau telah meletakkan jawatan pegawai pilihanraya sehari sebelum pilihanraya kecil).
Penggantinya, Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, yang sebelumnya memangku Pegawai Kanan Pilihanraya, Wan Mustafa Wan Hassan, juga disangsikan kerana didakwa melibatkan diri dalam program kempen BN.
Penggunaan pejabat menteri besar dan jentera sebuah jabatan kerajaan dalam upacara perasmian pecah tanah pembinaan masjid.
Ketika dalam ceramah di Perumahan Pusu Tiga, Gong Badak, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said didakwa mengarahkan Jabatan Saliran dan Perparitan untuk mengkaji masalah banjir di kawasan itu.
Setiausaha kerajaan negeri dan pengarah kewangan negeri didakwa melibatkan diri dalam program taklimat BN yang disasarkan kepada imam dan bilal masjid, ketua kampung dan pegawai perkhidmatan awam, termasuk pegawai kerajaan luar kawasan yang mengundi di P036 (Parlimen Kuala Terengganu).
Perasmian nama lnstitut Pendidikan Guru Malaysia kepada kampus Datuk Razali Ismail dan sebuah sekolah menengah kebangsaan kepada Sekolkah Menengah Kebangsaan Datuk Razali Ismail.
Kementerian didakwa terlibat
Yunus juga mendakwa, kementerian persekutuan turut terlibat dalam kempen pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pertanian, Kementerian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Penerangan dan Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti
Yunus juga mendakwa BN telah berkempen dengan menguar-uarkan khidmat dan perbelanjaan kerajaan yang telah dilaksanakan, seolah-olah dibiayai oleh mereka, antaranya:
Peruntukan RM 500,000 di bulan Disember 2008 untuk mangsa banjir.
RM 200,000 telah dibelanjakan untuk membeli makanan dan keperluan lain untuk mangsa banjir.
Penggantian atap-atap.
Pendaratan pesawat MAS penerbangan pulang haji terus ke Kuala Terengganu.
Dalam sidang media itu, NIEI turut menayangkan gambar-gambar sepanjang kempen pilihanraya parlimen itu, termasuk papan-papan tanda yang mempunyai lambang dacing sebagai penawaran perkhidmatan yang seolah-olah dibiayai oleh BN.
Menurut Yunus lagi kehadiran menteri-menteri kabinet, menteri besar dan ketua menteri daripada BN dan Pakatan Rakyat serta barisan exco mereka sepanjang kempen pilihanraya kecil tersebut turut menimbulkan persoalan mengenai siapakah yang membiayai kos perbelanjaan mereka di sana.
"Saya harap ada ketelusan dan kebertanggungjawaban ke atas perbelanjaan mereka sepanjang berkempen di Kuala Terengganu," katanya.
Akhbar diedar percuma
Yunus juga mendakwa berlaku amalan rasuah dalam bentuk pengedaran dan pemberian percuma akhbar-akhbar tempatan oleh BN.
Pelbagai konsert, dakwanya, dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia, termasuk persembahan penyanyi popular dari Terengganu.
PAS juga, dakwanya, turut melanggar etika amalan pilihanraya yang baik, termasuk pemberian percuma kerusi roda di Bukit Tepu, khidmat percuma gunting rambut dan rundingan kesihatan pakar homeopati.
Di samping, kata Yunus, NIEI menganggarkan kira-kira 10,000 anggota polis dikerahkan bertugas di Kuala Terengganu sepanjang kempen pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.
"Nisbahnya satu orang untuk lapan orang pengundi. Kehadiran terlalu ramai memberikan suasana sebagai keadaan perang.
"Jika tujuannya untuk menjaga keselamatan, tetapi kesan adalah di sebaliknya, orang ramai terasa tidak selesa dan berpersepsi seolah keadaan dalam darurat.
"Ini bertentangan dengan suasana pilihanraya yang baik, iaitu bebas dan tenteram," kata
Pemantau akan serah laporan pada SPRM
Abdul Rahim Sabri | Jan 19, 09 2:26pm
Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) - Institut Nasional Untuk Ketelusan Pilihanraya (NIEI) - yang memantau pilihanraya kecil Kuala Terengganu Sabtu lalu mendakwa berlakunya amalan rasuah dan penyalahgunaan jentera kerajaan sepanjang kempen pilihanraya kecil tersebut.
Pengerusinya, Yunus Ali berkata, laporan lengkap hasil pemantauan 10 petugas NIEI itu, akan siap dalam masa dua minggu dan akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), kedutaan-kedutaan asing di Malaysia dan semua NGO.
Yunus Ali mendakwa amalan rasuah dan politik janji rasuah oleh Barisan Nasional (BN) berleluasa berlaku dalam pilihanraya kecil tersebut, melibatkan jumlah sebanyak RM 1 billion.
Manakala PAS pula, dakwanya, turut melanggar etika amalan pilihanraya yang baik, antaranya pemberian percuma kerusi roda di Bukit Tepu, khidmat percuma gunting rambut dan rundingan kesihatan pakar homeopati.
Yunus turut mempertikaikan pembiayaan kehadiran menteri-menteri kabinet, menteri besar dan ketua menteri daripada BN dan Pakatan Rakyat serta barisan exco mereka sepanjang kempen pilihanraya kecil tersebut.
Dalam satu kenyataannya yang diedarkan dalam satu sidang akhbar di ibunegara pagi ini, Yunus mendakwa, wang ehsan RM300 bagi orang dewasa dan RM250 untuk muda-mudi, diumumkan akan diagih untuk warga Terengganu.
Manakala pengundi Cina pula, dakwanya, diedarkan angpau sebanyak RM300 sempena perayaan Tahun Baru Cina manakala penarik beca di Kuala Terengganu pula dijanjikan wang ehsan RM10,000 seorang,dakwa Yunus.
Yunus berkata, kehadiran begitu ramai anggota polis dikerahkan bertugas sepanjang pilihanraya kecil di Kuala Terengganu membuat orang ramai terasa tidak selesa dan berpersepsi seolah-oleh dalam keadaan darurat.
Pancing undi
Sepanjang 20 hari petugas NIEI menjalankan tugas pemantauan di Kuala Terengganu, Yunus mendakwa, pihaknya mengenalpasti 14 bentuk yang didakwanya sebagai rasuah, yang dijanjikan oleh BN untuk memancing undi bagi memastikan kemenangan calonnya, antaranya:
bullet button Penubuhan dan pemberian RM 1 juta untuk Tabung Kecemasan Nelayan.
bullet button Peruntukan RM150,000 untuk skim pembangunan nelayan Kuala Terengganu.
bullet button Pemberian secara lambak tanpa tender 583 projek Kelas F yang bernilai RM15.8 juta.
bullet button Upacara mengasaskan projek pembinaan unit kardiologi yang bernilai RM10 juta.
bullet buttonUpacara perasmian projek pembinaan masjid di Kubang lkan (Kuala Terengganu) pada 15 Januari 2009.
bullet button Upacara pecah tanah pembinaan 1,200 unit Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
bullet button Perasmian peruntukan RM100 juta untuk membina 1,000 unit rumah kos rendah di Kuala Terengganu.
bullet button Pemberian RM6.1 juta untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Wei Sin.
bullet button Pemberian sebanyak RM2.5 juta untuk masyarakat Cina Kuala Terengganu.
bullet button Pengumuman geran RM 50 juta untuk sekolah-sekolah Cina.
bullet button Pemberian pilot E-book (komputer) kepada 100 orang di Kuala Terengganu. Janji pemberian 23,000 buah E-book (komputer), berharga RM 1,300 sebuah, kepada kanak-kanak sekolah.
bullet button Seramai 206 orang penenun songket menerima satu set seorang Mesin Tenunan Tradisional yang berharga RM 695 seunit.
bullet button Pemberian RM408.6 juta kepada kerajaan Negeri Terengganu sebagai royalti minyak.
bullet button Mengisytiharkan projek untuk meluaskan ruang keluar-masuk pelabuhan perikanan di Pelabuhan Cendering.
Dakwaan salahguna kuasa
Dalam kenyataan itu juga, Yunus turut mendakwa berlakunya penyalahgunaan kuasa dan jentera kerajaan di peringkat tempatan, negeri dan persekutuan.
bullet button Di peringkat kerajaan tempatan, Datuk Bandar Kuala Terengganu merangkap Pegawai Kanan Pilihanraya, Mat Razali Kassim didakwa berkempen dan mendesak kakitangan di bawahnya untuk mengundi BN. (Beliau telah meletakkan jawatan pegawai pilihanraya sehari sebelum pilihanraya kecil).
bullet button Penggantinya, Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, yang sebelumnya memangku Pegawai Kanan Pilihanraya, Wan Mustafa Wan Hassan, juga disangsikan kerana didakwa melibatkan diri dalam program kempen BN.
bullet button Penggunaan pejabat menteri besar dan jentera sebuah jabatan kerajaan dalam upacara perasmian pecah tanah pembinaan masjid.
bullet buttonKetika dalam ceramah di Perumahan Pusu Tiga, Gong Badak, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said didakwa mengarahkan Jabatan Saliran dan Perparitan untuk mengkaji masalah banjir di kawasan itu.
bullet button Setiausaha kerajaan negeri dan pengarah kewangan negeri didakwa melibatkan diri dalam program taklimat BN yang disasarkan kepada imam dan bilal masjid, ketua kampung dan pegawai perkhidmatan awam, termasuk pegawai kerajaan luar kawasan yang mengundi di P036 (Parlimen Kuala Terengganu).
bullet buttonPerasmian nama lnstitut Pendidikan Guru Malaysia kepada kampus Datuk Razali Ismail dan sebuah sekolah menengah kebangsaankepada Sekolkah Menengah Kebangsaan Datuk Razali Ismail.
Kementerian didakwa terlibat
Yunus juga mendakwa, kementerian persekutuan turut terlibat dalam kempen pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pertanian, Kementerian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Penerangan dan Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti
Yunus juga mendakwa BN telah berkempen dengan menguar-uarkan khidmat dan perbelanjaan kerajaan yang telah dilaksanakan, seolah-olah dibiayai oleh mereka, antaranya:
bullet button Peruntukan RM 500,000 di bulan Disember 2008 untuk mangsa banjir.
bullet button RM 200,000 telah dibelanjakan untuk membeli makanan dan keperluan lain untuk mangsa banjir.
bullet buttonPenggantian atap-atap.
bullet buttonPendaratan pesawat MAS penerbangan pulang haji terus ke Kuala Terengganu.
Dalam sidang media itu, NIEI turut menayangkan gambar-gambar sepanjang kempen pilihanraya parlimen itu, termasuk papan-papan tanda yang mempunyai lambang dacing sebagai penawaran perkhidmatan yang seolah-olah dibiayai oleh BN.
Menurut Yunus lagi kehadiran menteri-menteri kabinet, menteri besar dan ketua menteri daripada BN dan Pakatan Rakyat serta barisan exco mereka sepanjang kempen pilihanraya kecil tersebut turut menimbulkan persoalan mengenai siapakah yang membiayai kos perbelanjaan mereka di sana.
"Saya harap ada ketelusan dan kebertanggungjawaban ke atas perbelanjaan mereka sepanjang berkempen di Kuala Terengganu," katanya.
Akhbar diedar percuma
Yunus juga mendakwa berlaku amalan rasuah dalam bentuk pengedaran dan pemberian percuma akhbar-akhbar tempatan oleh BN.
Pelbagai konsert, dakwanya, dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia, termasuk persembahan penyanyi popular dari Terengganu.
PAS juga, dakwanya,turut melanggar etika amalan pilihanraya yang baik, termasuk pemberian percuma kerusi roda di Bukit Tepu, khidmat percuma gunting rambut dan rundingan kesihatan pakar homeopati.
Di samping, kata Yunus, NIEI menganggarkankira-kira 10,000 anggota polis dikerahkan bertugas di Kuala Terengganu sepanjang kempen pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.
"Nisbahnya satu orang untuk lapan orang pengundi. Kehadiran terlalu ramai memberikan suasana sebagai keadaan perang.
"Jika tujuannya untuk menjaga keselamatan, tetapi kesan adalah di sebaliknya, orang ramai terasa tidak selesa dan berpersepsi seolah keadaan dalam darurat.
"Ini bertentangan dengan suasana pilihanraya yang baik, iaitu bebas dan tenteram," kata Yunus dalam kenyataan tersebut.
Sebanyak 48 badan bukan kerajaan (NGO) meminta kementerian pelajaran menghentikan dua lagi persidangan meja bulat mengenai pelaksanaan pengajaran sains, matematik dan teknologi dalam bahasa Inggeris (PPSMI) kerana ia dilaksanakan secara tidak adil dan laporan akhbar mengenainya juga mengelirukan.
Sebelum ini, kementerian berkenaan telah mengadakan dua meja bulat untuk mendapatkan pandangan mengenaai PPSMI
NGO terbabit termasuklah Persatuan Lingustik Malaysia (PLM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Majlis Profesor Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Persatuan Penterjemah
Malaysia (PPM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Persatuan Penulis Nasional (Pena), Institut Alam Tamadum UKM, Persatuan Seniman Malaysia, Gabungan Persatuan Penulis
Nasional Malaysia (Gapena), Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).
Timbalan Presiden Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Kamal Shukri Abdullah Sani berkata, tiga dari lima pembentang kertas kerja, bukannya berbicara mengenai perkara tersebut sebaliknya kepentingan menguasai bahasa Inggeris.
“Lagipun semasa hendak mengubah ke bahasa Inggeris dahulu, tiada meja bulat pun dan tidak juga ditimbulkan kesan ekonomi perbukuan bahasa Melayu.
“Apakah persidangan meja bulat ini hanya untuk mengaburi mata orang ramai kerana pengerusinya tidak dapat membuat kesimpulan secara objektif dan tepat,” katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini.
Kamal Shukri juga mempersoalkan bagaimana pemimpin kerajaan boleh mempertahankan tindakan yang terang-terang melanggar akta
'Secara sembunyi-sembunyi'
Sehubungan itu, beliau mencabar pemimpin Umno untuk menyatakan pendirian mengenai pengajaran sains, matematik dan teknologi dalam bahasa Inggeris.
“Tindakan ini dilakukan secara sembunyi-sembunyi, kononnya hanya membabitkan dua mata pelajaran tetapi sebenarnya lebih 80 peratus subjek di sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi, diajar dalam bahasa Inggeris.
“Apabila ini berlaku, maka akta mungkin akan dipinda atas alasan fait accompli dan hancurlah bahasa Melayu.
“Kami sedia berdebat mengenai kehancuran bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan ini,” katanya.
Kamal Shukri berkata, kajian yang lebih jujur dan tidak berkepentingan oleh pelbagai pihak, termasuk Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Haron dan Prof Dr Norshahimah Jalaluddin, menunjukkan mereka yang tinggal di bandar dan berpendapatan tinggi, mendapat manfaat dari PPSMI.
Katanya, PPSMI menyebabkan jurang antara bandar dan luar bandar semakin melebar dan yang menjadi mangsa pasti majoritinya Melayu.
“Tujuan dilakukan semua ini ialah untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris tetapi telah dilakukan dengan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan budaya tinggi.
Perkecilkan bahasa rasmi
“Penyelesaian ini seperti kata pepatah Melayu, lain yang luka lain yang dibebat,” katanya.
Kamal Shukri berkata, semua 48 NGO menggesa pihak berkuasa mengembalikan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang telah berjaya dan dipersetujui bersama.
Katanya, kembalikanlah bahasa Malaysia sebagai pengajar sains, matematik dan teknologi di sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi.
Menurutnya, kesan negatif PPSMI ialah keghairan pemimpin besar dan kecil sehingga menghina dan memperkecil bahasa rasmi dalam semua aspek kehidupan.
Seolah-olah, katanya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sudah mati dan tidak berwibawa lagi.
Kamal Shukri berkata, rancangan untuk menjadikan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sebagai salah satu penentu sama ada PPSMI diteruskan atau tidak juga amat tidak logik dan membelakangi ilmu pendidikan.
"Allah!
None has the right to be worshipped but He, the Ever Living, the One Who
sustains and protecs all the exists. It is Who has sent down the Book (Al
Quran) to you with the truth, confirming what came before it, and He sent
down the Taurat (Torah) & the Injil (Gospel)."(Surah Ali
Imran: 2-3) "And We have
sent down to you the Book (Al Quran)as an exposition of everything,
have submitted themselves (to Allah as Muslims)." (Surah
an-Nahl: 89)
GABUNGAN adalah singkatan daripada nama Pertubuhan Gabungan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Kelantan. Matlamat utama penubuhannya adalah untuk menghimpunkan kesemua NGO yang ada di Kelantan untuk bersatu membentuk barisan NGO yang bersikap proaktif, cemerlang dan kuat, menjadi pasukan 'check and balance' kepada kerajaan negeri dan pusat, memantau dan menangani semua isu-isu yang timbul samada bersifat setempat, nasional mahupun antarabangsa. Kini GABUNGAN mempunyai 23 buah NGO di Negeri Kelantan, penyertaan kepada yang berminat masih dibuka sepenuhnya. GABUNGAN terlibat secara langsung dalam kes-kes berkaitan Islam – kes Mohd Riduan Abdullah (Saudara Baru), Pemantauan Pilihanraya Bebas & Adil bersama MAFREL, Cakna Palestin Negeri Kelantan, Program-Program Kebajikan (Berbuka Puasa & Memberikan Sumbangan Kepada Anak-Anak Yatim) dan Bencana Alam (Bencana Banjir di Johor dan Kelantan) dll.