Tuesday, November 24, 2009

Kronologi & Keadaan Terkini Kes Riduan Abdullah


KRONOLOGI KES – Ringkasan Kes


Saudara Muhammad Riduan Abdullah @ K.Patmanathan dan pasangannya M. Indira Gandhi telah berkahwin dalam agama Hindu serta dikurniakan 3 orang anak (Tevi Darsiny, Karan Dinish, Prasana Diksa).


Saudara Muhammad Riduan Abdullah dan 3 orang anaknya mula menganuti agama Islam pada 11 Mac 2009 di Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Negeri Perak dengan kerelaan hati dan tidak dipaksa.


Pada 2 April Jabatan Agama Islam Perak telah mengeluarkan surat perakuan menyatakan anak-anak beliau telah memeluk agama Islam pada hari tersebut dengan nama Umu Salamah (Tevi Darsiny), Abu Bakar (Karan Dinish) dan Umu Habibah (Prasana Diksa).


Pada 31 Mac 2009, isteri beliau telah melarikan 2 orang anak beliau yang sudah memeluk agama Islam iaitu Tevi & Dinish, beliau telah membuat laporan polis dan kepada Jabatan Agama Islam Perak berkenaan perkara ini.


Hasilnya pada 8 April 2009 Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh Perak telah mengeluarkan Perintah (Ex-Parte) yang menyatakan bahawa pemohon Muhammad Riduan Abdullah diberikan hak jagaan KEKAL keatas ketiga-tiga anaknya.


Berberapa parti politik telah mempolitikan isu ini dan menyatakan beliau tidak berhak membawa anak-anak beliau menganut agama Islam kerana bawah umur.


Pada 13 April beliau telah membuat laporan polis berkaitan keputusan Perintah Mahkamah Tinggi Syariah Perak sebab M. Indira Gandhi tidak mahu menyerahkan 2 lagi anak beliau.


Pada 16 April, seorang ahli Parlimen kaum India telah menegaskan isu saya dan anak-anak sukar diselesaikan d Mahkamah Syariah & Mahkamah Sivil. Perkara ini perlu dibawa ke Kabinet ataupun Parlimen. Selepas kenyataan ini, satu memorandum telah diserahkan kepada Kabinet oleh M.Indira Gandhi melalui bantuan sebuah parti politik.


Pada 23 April, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan akhbar dberdasarkan keputusan kabinet bahawa kanak-kanak dibawah umur akan KEKAL menganut agama asal ketika ibubapa berkahwin sungguh pun selepas salah seorang pasangan itu bertindak menukar agama.


Pada 24 April, dalam Utusan Malaysia melaporkan Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria dukacita dengan keputusan Kabinet tersebut yang bercanggah dengan agama Islam serta tidak dibincangkan bersama-sama Majlis Mufti-Mufti Malaysia dan 100 NGO Islam juga telah membantah akan perkara tersebut.


M. Indira Gandhi mendapat perintah (ex-parte) di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk mendapatkan hak penjagaan keatas tiga anaknya dan menghalang beliau memasuki rumahnya.


Beliau telah mefailkan sebuah Afidavit membantah perintah ex-parte yang diberikan kepada M.Indira Gandhi.


Kesan daripada perkara tersebut, sebuah parti politik dan berberapa NGO bukan Islam (Hindu Sangam dll) telah mengadakan kempen besar-besaran sehinggakan kepada pengendaran dan penampalan 5,000 poster beliau dan anak beliau.


Pada 15 Mei 2009, MahkamahTinggi Ipoh telah membenarkan bantahan beliau dan menangguhkan perintah tersebut hingga didengar semula pada 14 Mei 2009.

Didalam Mahkamah Tinggi Ipoh, Hakim telah membuat keputusan untuk menganggukan perbicaraan kepada tarikh 20 Julai 2009.


Kesan daripada isu terbabit, Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu telah membuat keputusan berkaitan isu dan cadangan mengubah hak penjagaan anak-anak dibawah umur agar mengikut agama asal di tangguhkan supaya dirujuk kepada Majlis Agama Negeri masing-masing.


Kesimpulan daripada kronologi kes terbabit, Sdra Muhammad Riduan b. Abdullah dan seorang anak beliau kini berada dalam keadaan terancam dan perlukan SOKONGAN daripada semua pihak. Bantuan daripada semua pihak bagi memastikan isu ini berjalan dengan lancar dan baik.


GABUNGAN telah mengambil inisiatif ini untuk membantu Saudara Mohd Riduan Abdullah dengan bersetuju bagi melaksanakan perkara berikut;-


RESOLUSI MESYUARAT PENUH GABUNGAN BERKAITAN ISU PEMBELAAN ATAS HAK SAUDARA BARU (MUALAF) DAN HAK PENJAGAAN ANAK-ANAK BAWAH UMUR MENGIKUT SYARIAT ISLAM DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA.


Mesyuarat bersetuju untuk membantu Saudara Muhammad Ridzuan Abdullah dari aspek;-


  1. Mewujudkan JAWATANKUASA BERTINDAK yang akan ditubuhkan pada 1 Ramadhan 1430H bersamaan 22 Ogos 2009 di JKR 10, jam 10 pagi yang terdiri daripada;-

    1. Wakil Kerajaan Negeri Kelantan

i. Wakil pejabat Menteri Besar Kelantan

ii. Wakil JAHEIK

iii. Wakil MAIK

iv. Badan-badan Islam berkaitan

    1. Pemimpin parti politik, pemimpin masyarakat dan pemimpin pertubuhan Islam.
    2. Semua ngo GABUNGAN (22 buah ngo) dan Badan-Badan Bukan Kerajaan lain.
    3. Pasukan peguam Mahkamah Syariah & Mahkamah Sivil
    4. Persatuan Peguam PEMBELA
    5. Individu-individu Islam

  1. Membantu beliau dalam aspek KEBAJIKAN yang meliputi aspek

    1. Sumbangan dana khas – pelancaran dan penubuhan tabung Saudara Baru sempena Bulan Ramadhan
    2. Sokongan dari segi moral & bantuan lain
    3. Membantu menyediakan tempat tinggal yang selamat
    4. Memastikan keselamatan beliau dan anaknya – pasukan keselamatan dan risikan.

  1. Bersedia untuk mewujudkan kembali POLITICAL WILL di Kelantan dan Malaysia melalui kaedah;-

    1. Mendapatkan sokongan pemimpin Kerajaan Negeri, Persekutuan dan Parti-Parti Politik.
    2. Mendapatkan sokongan daripada semua pemimpin NGO’s dan masyarakat
    3. Mengadakan kempen dan caramah kebangkitan mengenai Isu Murtad dan Ancaman terhadap Saudara Baru. – kerjasama dengan HALAQAT, JAHEIK & MAIK untuk dijadikan satu slot khas dalam;-

i. Pengisian bulan Ramadhan – Tazkirah Ramadhan

ii. Khutbah Jumaat

iii. Dengan disertai dengan edaran risalah, mewujudkan blog khas, sidang media dan penerangan.

    1. Mengadakan pertemuan dan perjumpaan dengan Ahli Parlimen yang beragama Islam dan bangkitkan isu ini ke Dewan Negara bagi mengenakan tekanan padu kepada Pihak Mahkamah Sivil agar tidak menyentuh berkenaan isu ini serta sebagai tanda menyokong tindakan Saudara Baru di Malaysia.

  1. Mewujudkan satu pasukan BANTUAN PERUNDANGAN KHAS bagi menangani isu berkaitan yang terdiri daripada pasukan peguam-peguam yang membela isu Umat Islam dan komited dalam perjuangan Isu ini.

Justeru itu, mesyuarat sebulat suarat bersetuju agar pada 1 Ramadhan 1430H nanti akan diwujudkan sebuah Jawatankuasa Bertindak yang merangkumi bidang-bidang tugas diatas dan perkara-perkara yang dirasakan perlu.



TERKINI


Hasil usaha dan berkat pertolongan sahabat-sahabat semua, kini;-


i. Telah berjaya diwujudkan satu jawatankuasa bertindak bagi membantu Saudara Mohd Riduan Abdullah.


ii. Mendapat bantuan penginapan, khidmat guaman dan perbelanjaan harian bagi menampung keadaan semasa beliau dan anaknya.


iii. Kerajaan Negeri Kelantan dan NGO Islam memberikan sokongan padu kepada kes beliau.


iv. Keputusan Mahkamah Syariah memihak kepada beliau, dengan semua Hak Penjagaan Anak-Anak Beliau yang beragama Islam yang dijaga oleh isteri beliau yang masih beragama Hindu diserahkan kepada beliau.


v. Perbicaraan di Mahkamah Sivil ditunda hingga ke tarikh yang ditetapkan, sama-sama kita doakan kemenangan Islam dalam kes ini. Beliau kini memerukan sokongan daripada sahabat-sahabat semua untuk terus bersama agama Islam.


Sama-sama kita semua bersatu padu membantu saudara seagama yang baru memeluk agama Islam.


Mesyuarat penuh GABUNGAN mengenai kes ini, penuh 1 dewan mesyuarat. Disertai 23 buah NGO di Negeri Kelantan. Turut bersama ialah wakil NGO Islam dari Negeri Perak.

Mesyuarat dengan Pasukan Guaman yang mewakili Saudara Riduan.
Perjumpaan dengan YB Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO Negeri Kelantan.

Perjumpaan dengan YAB Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Menteri Besar Negeri Kelantan. Diwakili oleh Pengerusi GABUNGAN, Dr Halim, Timbalan Pengerusi GABUNGAN, Cikgu Halim dan Setiausaha Agung GABUNGAN, Saudara Hisyamuddin.

Penyerahan memorandum kepada YAB Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Menteri Besar Negeri Kelantan.

Hadis Online