Monday, June 15, 2009

Blog Rasmi MAFREL Kelantan dilancarkan

MAFREL mengambil satu lagi pendekatan proaktif bagi memastikan semua rakyat Malaysia dan Dunia mendapat akses sebenar tentang siatusi perjalanan Pilihanraya di Malaysia yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Maka dengan ini MAFREL Kelantan melancarkan blog terbaru MAFREL sebagai satu wadah perkongsian maklumat pintar dalam era teknologi masakini. Serentak dengan ini juga MAFREL Kelantan mengistiharkan akan menjadi Pemantau Pilihanraya Bebas bagi Pilihanraya Kecil Manik Urai, Kelantan.

Segala bukti-bukti bergambar, rakaman video, rekod-rekod kesalahan pilihanraya akan dipaparkan dari masa ke semasa.

Maklumat terkini anda boleh layari : www.mafrel-kelantan.blogspot.com

Sekian, terima kasih.

MAFREL Kelantan.

press conference MAFREL pre election PRK manik urai

Pilihan raya bukan suatu peperangan

KOTA BHARU 15 Jun - Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel) meminta semua pihak yang mendokong parti masing-masing dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai mengelak daripada mengapi-apikan emosi penyokong.

Ketua Misi Pemerhatian Mafrel, Dr. Abdul Halim Yusof berkata, mereka perlu memastikan penyokong bertindak rasional dalam melaksanakan demokrasi yang sihat dan bukannya menganggap ia satu 'peperangan'.

''Semua pihak perlu menghormati undang-undang dan peraturan pilihan raya secara ikhlas dan tidak sama sekali membuat apa-apa justifikasi atau helah untuk melanggarnya," ujar beliau.

Beliau menyatakan demikian dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini semalam berhubung Mafrel berharap dapat turut berperanan memerhati dan memantau pilihan raya kecil itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai hari penamaan calon bagi Pilihan Kecil Manek Urai manakala hari pengundian pada 14 Julai.

Katanya, Mafrel sedang dalam proses memohon akreditasi pemerhatian perjalanan penamaan calon dan pengundian.

utusan malaysia. 16 jun 2009

Hadis Online