Tuesday, January 20, 2009

Majlis Pelancaran Tabung Amanah Cakna Palestin

Sempena pelancaran Tabung Amanah Cakna Palestin yang akan berlangsung pada 23 Januari 2009 ini, penganjur menyediakan agenda menarik dan mampu meninggalkan kesan di hati rakyat Kelantan tentang nasib dan penderitaan umat Islam di Palestin.

Atucara bermula seawal jam 5 petang hari berkenaan melalui Sesi Luahan dan Luahan Rasa Kekejaman Israel selama 1 jam 30 minit. Agenda ini bakal diadakan di dataran Stadium Sultan Mohamad ke IV.

Tepat jam 7.20 malam solat magrib dan Solat Hajat Perdana didirikan. Selesai solat berkenaan, solat ghaib untuk rakyat Palestin yang syahid ketika pertempuran diadakan dan zikir munajat selepasnya.

Kemudian, hadirin bersama-sama Tuan Guru Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menunaikan solat isyak.

Acara seterusnya dimulakan dengan persembahan video Palestin berdurasi 20 minit tepat jam 9 malam dan diikuti persembahan pantomen daripada pelajar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

Acara pembuka tirai sesi malam akan berlangsung di Stadium Sultan Mohamad Ke IV diteruskan dengan menampilkan wakil-wakil agama dari agama Buddha, Kristian dan Hindu memberi ucapan masing-masing. Tidak ketinggalan wakil-wakil parti politik seperti BN dan PR turut sama menyampaikan ucapan.

Menghampiri acara kemuncak malam gerakan amal ini, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Dato' Husam Musa membuat ucapan alua-aluan pada jam 10.30 malam.

Acara kemuncak, ucapan khas pelancaran Tabung Amanah Cakna Palestin oleh Menteri Besar pada jam 10.40 malam diikuti dengan gimik pelancaran tabung berkenaan tepat jam 11 malam.

Sebelum majlis berakhir, turut diadakan acara penyampaian sumbangan Tabung Amanah Cakna Palestin.

Majlis ini diharap menjadi simbol kesedaran dan keprihatinan rakyat negeri ini terhadap nasib umat Islam yang tertindas di Palestin yang pastinya menyentuh perasaan hadirin seterusnya menyemarakkan lagi semangat untuk membantu mereka dengan apa jua cara sekalipun.

Semua Rakyat samada beragama Islam, Hindu, Budha & Kristian.... semua Bangsa samada Melayu, Cina & India.... semua penyokong Parti Politik samada dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional... semua ANDA dijemput untuk HADIR sebagai tanda solidariti anda bagi membantah kekejaman regim Israel & US di Palestin dan pepaduan rakyat Kelantan dalam Isu Sejagat.

Jemput datang & sebar luaskan.

No comments:

Hadis Online