Saturday, September 13, 2008

48 NGO bantah penggunaan bahasa Inggeris bagi Sains dan Matematik

http://i2.photobucket.com/albums/y49/stan5088/BahasaInggeris.jpg

Sebanyak 48 badan bukan kerajaan (NGO) meminta kementerian pelajaran menghentikan dua lagi persidangan meja bulat mengenai pelaksanaan pengajaran sains, matematik dan teknologi dalam bahasa Inggeris (PPSMI) kerana ia dilaksanakan secara tidak adil dan laporan akhbar mengenainya juga mengelirukan.

Sebelum ini, kementerian berkenaan telah mengadakan dua meja bulat untuk mendapatkan pandangan mengenaai PPSMI

NGO terbabit termasuklah Persatuan Lingustik Malaysia (PLM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Majlis Profesor Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Persatuan Penterjemah

Malaysia (PPM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Persatuan Penulis Nasional (Pena), Institut Alam Tamadum UKM, Persatuan Seniman Malaysia, Gabungan Persatuan Penulis

Nasional Malaysia (Gapena), Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Timbalan Presiden Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Kamal Shukri Abdullah Sani berkata, tiga dari lima pembentang kertas kerja, bukannya berbicara mengenai perkara tersebut sebaliknya kepentingan menguasai bahasa Inggeris.

“Lagipun semasa hendak mengubah ke bahasa Inggeris dahulu, tiada meja bulat pun dan tidak juga ditimbulkan kesan ekonomi perbukuan bahasa Melayu.

“Apakah persidangan meja bulat ini hanya untuk mengaburi mata orang ramai kerana pengerusinya tidak dapat membuat kesimpulan secara objektif dan tepat,” katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini.

Kamal Shukri juga mempersoalkan bagaimana pemimpin kerajaan boleh mempertahankan tindakan yang terang-terang melanggar akta

'Secara sembunyi-sembunyi'

Sehubungan itu, beliau mencabar pemimpin Umno untuk menyatakan pendirian mengenai pengajaran sains, matematik dan teknologi dalam bahasa Inggeris.

“Tindakan ini dilakukan secara sembunyi-sembunyi, kononnya hanya membabitkan dua mata pelajaran tetapi sebenarnya lebih 80 peratus subjek di sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi, diajar dalam bahasa Inggeris.

“Apabila ini berlaku, maka akta mungkin akan dipinda atas alasan fait accompli dan hancurlah bahasa Melayu.

“Kami sedia berdebat mengenai kehancuran bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan ini,” katanya.

Kamal Shukri berkata, kajian yang lebih jujur dan tidak berkepentingan oleh pelbagai pihak, termasuk Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Haron dan Prof Dr Norshahimah Jalaluddin, menunjukkan mereka yang tinggal di bandar dan berpendapatan tinggi, mendapat manfaat dari PPSMI.

Katanya, PPSMI menyebabkan jurang antara bandar dan luar bandar semakin melebar dan yang menjadi mangsa pasti majoritinya Melayu.

“Tujuan dilakukan semua ini ialah untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris tetapi telah dilakukan dengan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan budaya tinggi.

Perkecilkan bahasa rasmi

“Penyelesaian ini seperti kata pepatah Melayu, lain yang luka lain yang dibebat,” katanya.

Kamal Shukri berkata, semua 48 NGO menggesa pihak berkuasa mengembalikan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang telah berjaya dan dipersetujui bersama.

Katanya, kembalikanlah bahasa Malaysia sebagai pengajar sains, matematik dan teknologi di sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi.

Menurutnya, kesan negatif PPSMI ialah keghairan pemimpin besar dan kecil sehingga menghina dan memperkecil bahasa rasmi dalam semua aspek kehidupan.

Seolah-olah, katanya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sudah mati dan tidak berwibawa lagi.

Kamal Shukri berkata, rancangan untuk menjadikan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sebagai salah satu penentu sama ada PPSMI diteruskan atau tidak juga amat tidak logik dan membelakangi ilmu pendidikan.

Monday, June 9, 2008

Fakta: Kenaikan Harga Minyak Malaysia, Adakah Ia Relevan?

Fakta: Kenaikan Harga Minyak Malaysia, Adakah Ia Relevan?


Kenaikan harga minyak Malaysia merupakan satu kejutan besar kerana tidak ada negara yang berani menaikkan harga minyak sehingga 78 peratus, malah Malaysia adalah negara pengeluar minyak.

Harga minyak mentah naik sebanyak 400 peratus sejak tiga tahun lepas. Lambat laun harga barangan juga akan alami kenaikan(termasuklah harga palet, kos pengangkutan, bahan mentah, binatang ternak, kos operasi dalam semua sektor dlm industri pembuatan, pertanian dll). Di negara-negara lain harga petrol sudahpun naik. Di United Kingdom satu liter petrol dijual pada kadar lebih satu pound sterling atau lebih kurang RM7. Di Amerika Syarikat harganya lebih kurang RM5.

Harga Petrol naik dari RM1.92 kepada RM2.70/L dan Diesel naik dari RM1.52/L kepada RM2.50/L. Adakah kenaikan itu realistik dan relevan dengan Negara kita yg cukup terkenal sebagai negara pengeskport minyak dunia?

Sama-sama kita teleti sedikit
FAKTA yang sy perolehi dari pembacaan utk dikongsi bersama.

1. JANJI TINGGAL JANJI;

Pada 25 Febuari lalu, Timbalan Perdana Menteri (TPM) menafikan bahawa harga minyak akan dinaikkan selepas
pilihanraya umum ke-12.

TPM, apabila ditanya wartawan mengenai khabar angin kenaikan harga minyak, menafikan dengan keras dan menyatakan bahawa kerajaan BN masih boleh menampung subsidi.

Sekarang?

2. NEGARA SUKA MEM'BODOH'KAN RAKYAT @ Suka buat perbandingan salah;

Mari kita lihat pula berapa harga minyak di negara-negara lain pengeluar minyak. Jangan kita lupa bahawa Malaysia antara negara pengeluar minyak dunia (lihat jadual di bawah).

Ertinya, apabila harga minyak dunia meningkat,
Malaysia juga akan mendapat keuntungan besar.

Sebelum ini Kabinet Malaysia seringkali membuat perbandingan dengan negara yang bukan pengeluar minyak. Sekarang anda lihat sendiri berapa banyak rakyat di negara pengeluar minyak membayar untuk seliter petrol.

Perbanding SEBENAR harga minyak di Malaysia dengan negara2 pengeluar minyak lain;


3. PERBANDINGAN DENGAN NEGARA JIRAN;

A. Thailand

Jika kita membandingkan dengan Thailand, harga minyak di Malaysia jauh lebih murah. Malahan selepas petrol dinaikkan sebanyak 78 sen sekalipun, harga di Malaysia masih lagi murah.

Akan tetapi, di Thailand,
rakyatnya tidak dibebankan dengan harga tol yang mahal. Fakta: Jumlah tol yang kena bayar untuk memandu kereta dari Surat Thani yang terletak di selatan ke Bangkok. Lebuhrayanya panjang dan tidak sesak. Perjalanan mengambil masa lapan jam. Harga tol yang perlu dibayar hanyalah RM4!

Di Malaysia? Harga tol dari UPM ke Senawang pun dah cecah RM6.80! Baru sahaja 40 minit dan bukannya 8 jam.

Jika kita melihat kemudahan-kemudahan lain yang diberikan oleh kerajaan Thailand kepada rakyatnya.

Harga kereta di Thailand jauh lebih murah berbanding dengan harga di Malaysia.

B. Singapura

Para pembesar kita sering mengatakan harga minyak petrol lebih mahal di Singapura. Betul. Harga segelen petrol di Singapura, mengikut laman web Shell Singapura, adalah sekitar AS$6.28 segelen.

Tetapi pendapatan per kapita PPP penduduk Singapura adalah AS$48,900 atau 3.4 kali ganda lebih tinggi daripada pendapatan per kapita PPP kita.

Lagipun Singapura negara kecil, pengangkutan awamnya bagus, tambangnya berpatutan dan Singapura tidak ada setitik minyak pun .

Selain itu mereka ada "pilihan". Mereka boleh menyeberang ke Johor untuk membeli petrol. Bagi membeli segelen di Malaysia mereka hanya perlu membelanjakan sekitar S$2.63 atau AS$1.92 kerana nilai duit mereka lebih tinggi daripada ringgit Malaysia (RM1 bersamaan 42 sen Singapura.)

Tetapi akibat dasar "flip-flop" kerajaan kita � sekejap tidak boleh dijual kepada orang asing dan sekejap boleh - penduduk Singapura yang berkali-kali ganda lebih kaya daripada kita menikmati durian runtuh setiap kali mengisi minyak di Malaysia.

4. ILHAM DARI PM

PADA hari Sabtu, 7 Jun, akhbar The Star menyiarkan berita bertajuk "PM: Get true picture of global oil price hikes" (PM: Dapatkan gambaran sebenar mengenai kenaikan global harga minyak.)

Kata Abdullah Ahmad Badawi beliau berharap rakyat jelata memperoleh maklumat yang betul agar dapat memahami apa yang sedang dihadapi negara.

Setiap orang daripada kita, kata Perdana Menteri, mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing di dalam keadaan yang mencabar ini.

"Dengan itu, marilah kita menghadapi bersama cabaran ini dengan daya tahan demi kebaikan negara dan generasi akan datang."

Tetapi rata-rata, reaksi rakyat jelata boleh disimpulkan begini - peranan kerajaan menarik balik subsidi minyak dan menaikkan harga minyak. Tanggungjawab kami adalah menganggung bebannya.

Petikan daripada
Blog A. Kadir Jasin:

Mengambil ilham daripada seruan Perdana Menteri itu, saya melayari Internet untuk "mendapatkan gambaran sebenar" mengenai kenaikan 41 peratus harga minyak itu.

Sekarang fahamlah saya bahawa akibat kenaikan harga sebanyak 78 sen seliter pada tengah malam Rabu lalu itu, harga petrol kini RM2.70 seliter atau RM10.20 segelen Amerika (US gallon). Dalam Dolar Amerika, ia bersamaan AS$3.12 segelen (AS$0.82 seliter).

(Saya terpaksa mengubah kepada gelen dan Dolar Amerika kerana perangkaan global menggunakan ukuran gelen dan Dolar Amerika. Segelen Amerika bersamaan 3.785 liter. Kadar tukaran adalah RM3.27 kepada satu Dolar Amerika.)

Pada kadar AS$3.12 segelen, harga petrol di Malaysia adalah lebih murah daripada di Amerika Syarikat di mana harganya melepasi AS$4.00 (RM13.08) segelen.

Tetapi kita kena ingat Amerika jauh lebih kaya daripada kita. Mengikut Buku Fakta (Fact Book) Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika, pendapatan purata berdasarkan pariti kuasa membeli (purchasing power parity) rakyat Amerika adalah AS$46,000 tahun lalu.

Dalam bahasa yang mudah, jika pendapatan dibahagikan sama rata, setiap orang penduduk Amerika mempunyai kuasa membeli bernilai AS$46,000 berbanding kita sebanyak AS$14,400.

Itu pun bukan semua rakyat Malaysia mempunyai kuasa membeli sebanyak AS$14,400. Hanya segelintir sahaja yang mempunyai kuasa membeli sebesar itu.

Majoritinya adalah berpendapatan sederhana dan rendah. Mereka inilah yang paling teruk menderita akibat kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang akan dicetuskan oleh kenaikan harga minyak.

Segelen minyak berharga AS$4.00 bagi penduduk Amerika adalah "murah" kerana pendapatan dan kuasa membeli mereka tinggi. Manakala pada kadar AS$3.12 segelen bagi penduduk Malaysia adalah �mahal� kerana pendapatan kita rendah.

Pendapatan penduduk Amerika lebih tiga kali ganda daripada pendapatan penduduk Malaysia. Lagipun Amerika adalah negara pengimport bersih minyak manakala kita adalah negara pengeksport. Maksudnya kita mengeksport lebih banyak minyak mentah daripada mengimport.

Memanglah kenaikan harga petrol di sini jauh lebih rendah daripada di United Kingdom, mahupun Amerika Syarikat. Tetapi pendapatan per kapita kita adalah lebih kurang satu pertiga mereka. Berasas kepada kuasa membeli kita kenaikan harga adalah lebih tinggi dari UK atau Amerika Syarikat.

Picture purporting to show a tsunami striking the coast of Phuket, Thailand (or Indonesia, depending on version)

5. TSUNAMI HARGA BARANG -"Barang Naik" - Silent Killer!

Kenaikan harga bahan api sebanyak RM0.78 seliter untuk petrol dan RM1.00 seliter untuk diesel teramat membebankan rakyat.

Kenaikan ini akan membawa satu lagi tsunami kenaikan harga barangan yang begitu mendadak seumpama menjerut tali di leher rakyat sendiri.

Sebelum kenaikan terbaharu harga bahan bakar, kenaikan harga barangan sudah menjadikan dompet pengguna semakin kempis.

Dari awal tahun hingga ke pertengahan tahun, ada sahaja harga barangan keperluan harian yang naik. Bagi mereka yang berpendapatan lumayan kenaikan ini mungkin tidak begitu dirasa apatah lagi jika menggunakan 'wang plastik'!

Yang malangnya adalah mereka yang 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' dan bermukim di tengah bandar, semakin terpaksa 'mengikat perut' untuk meneruskan kelangsungan hidup.

"Kenaikan harga bahan bakar ini sudah tentu akan memberikan kesan besar kepada pengguna, khususnya peningkatan kepada kos pengangkutan.

"Begitu juga kenaikan harga bahan bakar ini akan memberi kesan jaringan kepada pengeluaran barang dan kos pengangkutan. Ini menyebabkan kos pengeluaran dan pengangkutan turut meningkat. Seterusnya ini akan menyebabkan kenaikan harga barang di pasaran," jelas Mohd Yusof Abdul Rahman, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA).

Menurut beliau, secara puratanya pengguna di Malaysia membelanjakan kira-kira 40 peratus pendapatan mereka untuk perbelanjaan makanan.

"Kenaikan harga barangan akibat kenaikan harga bahan api ini tidak dapat tidak akan menyebabkan perbelanjaan mereka turut meningkat kepada sekitar 50 peratus.

"Harga makanan yang diproses akan naik kerana harga bahan mentah naik disebabkan kos pengangkutan yang meningkat. Oleh itu, restoran dan gerai akan menaikkan harga makanan," jelasnya kepada Bernama.

Walaupun kerajaan akan membayar balik rebet tunai sewaktu pembaharuan cukai jalan, tetapi tsunami kenaikan harga barangan yang bakal berlaku pasti melampaui jumlah rebet yang hanya diperolehi secara tahunan.


AKHIR:

Adakah kenaikan itu realistik dan relevan dengan Negara kita yg cukup terkenal sebagai negara pengeskport minyak dunia?

Sama-sama kita bincangkan.

Thursday, May 22, 2008

Adakah Kau Lupa?

Adakah kau lupa?/

Sila ikuti video klip dan lagu di link ini

KHUTBAH

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Sidang jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Mimbar kali ini ingin mengambil perhatian muslimin sekalian kepada nasib umat Islam Palestin yang sehingga kini terus menderita sejak 60 tahun yang lalu .

Oleh kerana itu kami mengharapkan agar para ahli Jumaat sekalian memberi perhatian dan mendengar dengan penuh tumpuan terhadap mesej khutbah penting yang akan disampaikan pada hari ini.

Kesan dari Khutbah ini kami mengharapkan agar suatu kesedaran dan keinsafan yang mendalam tercetus dikalangan semua kaum Muslimin dan dengan itu bertindak untuk membela nasib saudara kita di Palestin sekaligus membebaskan Masjid Al-Aqsa yang menjadi tuntutan ke atas setiap kaum Muslimin..

Sidang jumaat yang dirahmati Allah ,

Untuk kesekian kalinya kita maseh terpaksa membicarakan suatu isu kemanusiaan yang telah berpanjangan dan menjadi titik hitam pada wajah umat Islam iaitu persoalan Palestin dan Baitul Muqaddis yang terus diceroboh dengan biadab oleh Yahudi Zionis.

Marilah kita mengingatkan diri kita bahawa ketika kita mengingatkan tarikh 31 hb Ogos 1957 sebagai hari kemerdekaan Negara , pada 31 hb Ogos 1897M merupakan tarikh Persidangan Basel, Swisszerland iaitu permulaan kepada sejarah tercetusnya gerakan untuk menubuhkan sebuah Negara untuk umat Yahudi . Ini diekori dengan Deklarasi Balfor untuk merealisasikan hasrat ini.

Dan pada tahun 1948 negara Israel diistiharkan yang didokong sepenuhnya oleh Amerika Syarikat.

Tepat 15 hb Mei 2008 ini maka genaplah 60 tahun berlaku peristiwa Nakba iaitu peristiwa malapetaka ke atas rakyat Palestin. Pada 15 hb Mei 1948 itu tentera Zionis Israel telah melancarkan pembersihan etnik ( etnic cleansing ) iaitu sejumlah 750,000 orang atau tiga perempat populasi daripada rakyat Palestin dihalau keluar dari kediaman mereka.

Mereka telah dipaksa menjadi pelarian dalam negara Palestin sendiri dan termasuk di negara-negara jiran yang kini telah mencecah lebih 4.5 juta orang. Kini sudah 6 dekad pelarian Palestin hidup dalam kemiskinan dan penafian keperluan asasi yang sangat parah.

Mereka terpaksa hidup tanpa makanan yang mencukupi , tanpa tempat tinggal , tiada pekerjaan , pendidikan dan kemudahan rawatan. Nasib mereka hingga kini tidak dipeduli oleh masyarakat antarabangsa yang didominasi oleh Amerika Syarikat.

Kini Israel maseh meneruskan polisi pembersihan etnik ke atas rakyat Palestin . Sejak pencerobohan ke atas Tebing Barat dan Jurusalem Timur pada tahun 1967 , Israel telah membangunkan kependudukan Yahudi yang melanggar undang-undang antarabangsa dan resolusi-resolusi PBB.

Kini populasi kependudukan Yahudi mencecah 400,000 orang yang mengakibatkan penyelesaian 2 negara yang kononnya diusahakan oleh Presiden Bush menjadi tidak relevan.

Dari saat itulah Israel menjadi sebuah kuasa proksi Amerika Syarikat . Dalam peperangan 1967 antara tentara Arab dan Israel , tentera Israel telah menguasai Baitul Muqaddis yang telah mengakibatkan tanah Palestin dirampas dengan zalim dari rakyat Palestin. Ekoran itu proses “pengYahudian” bumi Palestin dilancarkan oleh Israel.

Sebagai hasil gerakan Zionis Yahudi ini , sekarang bumi Palestin telah dicerobohi oleh 6 juta orang Yahudi sementara 5 juta rakyat Palestin sendiri menjadi pelarian di sekitar negara-negara di Timur Tengah . Sebanyak 80 kem pelarian kini menampung 1 juta pelarian Palestin di Jordan , Lebanon dan Syria.

Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah ,

Sudah 60 tahun , ummat Islam Palestin hidup di medan peperangan . Mereka berada di tengah - tengah kekejaman penjajah durjana Israel laknatullah. Mereka di tindas dan dizalimi tanpa simpati .
Orang - orang tua mereka diusir keluar dari tanahair , lelaki mereka dikelar dan ditembak mati , wanita mereka diperkosa dan dibelah perutnya . kanak - kanak mereka diletupkan , rumah kediaman mereka dibakar dan kampung halaman mereka dimusnahkan .

Yahudi mencabul Masjidil Aqsa , meletupkan pejuang - pejuang Islam dan pemimpin mereka biarpun mereka sedang mendirikan solat tanpa senjata .
Pemimpin dan ulama’ besar Palestin seperti Syeikh Izzudin Al Qassam , Syeikh Ahmad Yassin(gambar) , Dr. Abdul Aziz Ar Rantisi dan lain - lain telah menemui syahid dihujung senjata Yahudi Laknatullah.
Para mujahid dan pemuda - pemuda Islam yang mahu hidup mereka merdeka, ditangkap dan dikurung puluhan tahun lamanya , dalam bilik kurungan yang sempit dan serba gelap .
Mereka diperlakukan laksana binatang , bahkan binatang lebih berhati perut berbanding yahudi laknatullah .

Mari kita renungkan angka yang menyedihkan ini. Di saat ini sepertiga kanak-kanak Palestin dinafikan hak pendidikan , kurang dari 14% kanak-kanak Palestin yang dapat menghabiskan persekolahan di sekolah , kurang dari 9% tamat persekolahan diperingkat menengah. Kini 73% rakyat Palestin sedang menganggur.

Manakala jumlah rakyat Palestin yang hanya makan satu kali sehari ialah 46%. Seorang doktor terpaksa merawat 1,700 pesakit.

3 juta rakyat Palestin menjadi banduan di penjara terbesar di dunia apabila mereka di kepung oleh tentera Israel di Palestin dengan tembuk sepanjang 720 km dan 8-12 meter tinggi . Lebih 11,000 rakayat Palestin dipenjarakan di Israel . Ada yang dipenjara sehingga 30 tahun.


Puluhan lokasi pemeriksaan yang didirikan oleh tentera Israel telah meningkatkan penderitaan rakyat Palestin. Ini termasuk wanita Palestin yang melahirkan anak di stesen pemeriksaan Israel kerana disoalsiat sehingga mereka yang sarat hamil melahirkan anak ditempat pemeriksaan tersebut. Ada juga laporan pesakit dalam ambulan akhirnyanya mati dalam ambulan kerana disekat oleh tentera Israel atas nama pemeriksaan rapi.

Keadaan hidup rakyat Poalestin sangat menyedihkan . Ada yang terpaksa hidup dalam kem pelarian yang tiada bekalan air bersih , tiada ubatan , tiada makanan dan sanitasi yang sempurna.

Mereka hidup dalam keadaan yang sangat tertekan dan terus menderita. Sudah puluhan tahun mereka tidak diberi hak untuk pulang ke tanah air Palestin. Sehingga kini 8,250 buah rumah rakyat Palestin dihancurkan dan mereka dihalau keluar dari tanah air mereka sendiri. Sebanyak 18,031 rumah hancur semasekali di Tebing Barat dan Gaza.

Demikian kezaliman dan kekejaman Israel . Tepat seperti yang digamnbarkan dalam Firman Allah S. W.T

“Nescaya kamu akan dapati , manusia yang sangat tinggi kadar permusuhan mereka terhadap orang - orang yang beriman ialah Yahudi dan orang - orang yang menyengutukan Allah ( Musyrikin )” .

Al Maaidah : Ayat 82

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah .

Pada Julai 2005 , Kesatuan Pekerja Palestin termasuk 170 pertubuhan Palestin yang lain, parti-parti politk dan organisasi-organaisasi masyarakat telah menganjurkan boikot global , mengeluarkan semua pelaburan dan sekatan ekonomi ke atas Israel seperti yang pernah dilakukan ke atas Afrika Selatan.

Seruan ini mendapat sokongan masyarakat terutama di Eropah , AS dan Kanada sendiri. Pengguna telah memboikot barangan Israel dan ahli akdemik memboikot universiti-universiti Israel .

Terakhir ini Israel telah melaksanakan sekatan ekonomi ke atas rakyat Palestin yang tidak berdaya lagi selepas mereka dicerobohi. Pada musim panas pada tahun 2006 , operasi pengeboman berterusan dilancarkan oleh tentera Israel ke atas Gaza . Ia memusnahkan jalan raya , jambatan , kemudahan fasiliti kumbahan , pembersihan air dan pusat tenaga elektrik. Ratusan rakyat Palestin telah tercedera. Kesan sekatan itu ialah peningkatan pengganguran , kemiskinan dan kebuluran pada tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Gaza sedang dicekik oleh Israel sehingga ekonominya hampir lumpuh seluruhnya. Hakikat ini diakui sendiri oleh Hardad Zervos dari Bank Dunia.

Dalam perkembangan yang terbaru , regim Israel terus meningkatkan kezalimannya terhadap umat Islam di Palestin . Regim Israel yang didalangi Amerika Syarikat telah menutup terminal Rafah pada 9 hb Jun 2007 iaitu pintu masuk di sempadan antara Israel dan Mesir.

Tindakan Israel ini telah menghalang rakyat Palestin yang berada di Mesir untuk balik ke Gaza , Palestin melalui pintu sempadan Rafah itu . Akibatnya ribuan rakyat Palestin terperangkap di Mesir yang menyebabkan anggota keluarga terpisah antara satu sama lain. Mereka terpaksa menumpang di sekolah , masjid , rumah dan ada yang tingal dibawah pohon di padang pasir..

Dakwaan Israel tindakan ini adalah untuk menghalang golongan pejuang Palestin dari mendapat bantuan dari Mesir. Sehingga ini HAMAS , Mesir dan badan antarabangsa dan PBB serta Badani Palang Merah Antarabangsa sendiri telah mendesak Israel untuk membuka sempadaan Rafah bagi membolehkan rakyat Palestin pulang ke Gaza.

Akan tetapi jika pun ada yang dibenarkan pulang, ternyata tentera Israel dijangka akan mengambil kesempatan menahan mereka yang didakwa pejuang Palestin bila mereka sampai di sempadan. Yang nyata ramai lagi yang sakit dan tua tidak dapat pulang ke Gaza.

Sehingga saat ini, hanya 700 orang sahaja dari 6,000 orang yang tersadai di Mesir yang dibenarkan pulang ke Gaza . Mereka dibenarkan pulang melalui sempadan di al-Oja , Utara Sinai yang dikawal kerajaan Mesir dan Israel . Proses kebenaran pulang ke Gaza ini disyaratkan melalui saringan yang ketat oleh kerajaan Mesir dan Israel.atas alasan untuk memastikan tiada pejuang Palestin yang terlepas masuk ke Gaza.

Malangnya sehingga hari ini , tiada bantuan dan tiada usaha mendesak Israel agar membuka semula sempadan di Rafah. Penderitaan mereka yang terperangkap di Mesir semakin meruncing dan menuju kepada keadaan krisis kemanusiaan yang parah. Sehingga kini hanya golongan Ikhwan Muslimin sahaja yang bekerja keras untuk membantu mereka yang tersepit

Pada hakikatnya tindakan Israel itu adalah untuk menghukum rakyat Palestin di Gaza yang telah menyokong Hamas dalam pilihanraya yang lalu. Sehingga ini kepungan ekonomi dan politik yang dilancarkan oleh Israel dan Amerika Syarikat ke atas kerajaan Palestin dibawah HAMAS telah mengakibatkan kakitangan kerajaan tidak dapat dibayar gaji , perniagaan terbantut dan menteri-menteri kerajaan HAMAS menjadi sasaran Israel.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah ,
Persatuan Ulama’ Dunia ( al Ittihad al A’lami lil ulama’ al muslimin ) telah mengusulkan kepada negara - negara ummat Islam agar membantu ummat Islam dan kerajaan HAMAS yang dipilih secara demokratik dalam menghadapi pemboikotan yang yang dilancarkan oleh musuh - musuh Islam durjana.

Ketua Kesatuan Ulama’ Dunia , Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa yang menegaskan , wajibnya ummat Islam menghulurkan bantuan kepada Palestin.
Sementara itu , Ketua Whip HAMAS di Majlis Legeslatif Palestin Dr. Khalil Ismail al Hayya , telah memohon sumbangan jihad dari seluruh ummat Islam dan melancarkan kempen 1 Dolar Amerika,bersamaan ( RM 3.60 ) setiap individu muslim dalam kempen menangani pemboikotan kuffar antarabangsa terhadap ummat Islam Palestin untuk mengatasi kesengsaraan dan ancaman kebuluran yang sedang dihadapi oleh ummat Islam Palestin .

Justeru itu sidang Jumaat sekelian ,

Pada 15 hb Mei 2008 peringatan hari Nakba telah dilancarkan oleh pelbagai kumpulan diseluruh dunia untuk mengingati ulang tahun ke 60 peristiwa tersebut. Pelbagai aktiviti digerakkan seperti perhimpunan , demonstrasi , penyerahan memorandum , ceramah , pelancaran boikot dan sebagainya.

Melalui suara mimbar yang mulia ini saya melancarkan infaq fi sabilillah untuk saudara sumbangkan buat saudara seagama kita di palestin .
Berbekalkan kesedaran dan keinsafan yang tinggi untuk mengangkat martabat Ummah di mata dunia , demi membebaskan Masjidil Aqsa dari cengkaman Yahudi laknatullah , demi kedaulatan syiar dan syariat Allah di bumi Palestin dan pastinya jua , demi menyelamatkan insan beriman dari kesengsaraan dan penderitaan yang berterusan , maka pastikan tiada seorang pun muslimin sidang jumaat hari ini , meninggalkan masjid tanpa menyumbang dan menghulurkan Infaq fi sabilillah .
Marilah kita tunaikan hak persaudaraan kita , sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah saw :

تَوَادِّهِمْ وَ تَعَاطُفِهِمْ وَ تَرَاحُمِهِمْ كَمَثَلِ الْجَسَدِ مَثَلُ الْمُؤْمِنِيْنَ فِيْ
إِذَا اشْتَكَى مِنْهَ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرَ الْجَسَدِ بِالسَّهْرِ وَ الْحُمَّ. اْلوَاحِدِ

Maksudnya : Perumpamaan orang - orang beriman dalam kasih sayang mereka , hubungan naluri mereka dan persaudaraan mereka seperti satu jasad . Apabila satu anggota terasa sakit, maka seluruh anggota turut berjaga dan terasa sakit .

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ , وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ , وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ , أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَ لِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْز َالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.

Hj Azmi Bin Hamid

Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)

p/s; Islam semakin terancam. masih lenakah kita?

Wednesday, May 21, 2008

DEKLARASI ‘PERMUAFAKATAN SERAMBI MEKAH’

‘Dengan nama Allah Yang Pemurah dan Penyayang’

ان الله يحب الذين يقاتلون فى سبيله صفاكأنهم نبينامرصوص

Sesungguhnya Allah amat menyukai orang –orang yang berjuang di jalannya dalam barisan yang teratur umpama bangunan yang tersusun:kukuh (Ash-Shaff:4)

Sesungguhnya (agama Tauhid) Ini adalah agama kamu semua; agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, Maka sembahlah Aku. ( Al-Anbiyaa’: 92)

Dengan ini ;

Persidangan Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Islam Malaysia di Kota Bharu , Kelantan pada 15 – 16 Syawal 1428 / 27-28 hb Oktober 2007 yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim dan Sekretariat Kongres Umat Islam Malaysia (SKIMA) dan disertai 500 orang perwakilan dari 78 Pertubuhan-Pertubuhan Islam peringkat Negeri dan Kebangsaan telah bermuafakat bahawa :

kelantan

Menyedari bahawa seluruh pendokong Pertubuhan-Pertubuhan Islam sebagai golongan yang lebih dipertanggungjawabkan untuk membela agama Allah. Oleh itu sewajarnya kita terus memikul tanggungjawab memandu, memimpin serta membimbing umat agar jelas dengan visi dan misi untuk membangun bersama Islam dan menghayatinya dalam kehidupan yang diredhoi oleh Allah.

Memahami bahawa tugas Pertubuhan-Pertubuhan Islam amat berat terutama dalam keadaan cabaran semakin bertambah. Para aktivis Pertubuhan-Pertubuhan Islam s perlu bersedia dan melengkapkan diri dengan ilmu, kemahiran dan siasah kepimpinan yang diperlukan disamping banyak memahami dan menganalisis permasalahan umat semasa. Pertubuhan-Pertubuhan Islam perlu bijaksana dalam merancang, menjana program tindakan untuk dilaksanakan.

Menginsafi bahawa umat sedang menghadapi berbagai masalah dan cabaran sama ada berbentuk lokal atau global. Sikap ulama dan umat haruslah terus positif bahawa tiada masalah yang tidak dapat ditangani dan diatasi asalkan semangat berjihad dan berkorabn untuk Islam disuburkan . Sikap pertama yang harus dipupuk ialah melihat masalah itu sebagai peluang dan cabaran, bukan penghalang.

Mengingati bahawa dalam Pertubuhan-Pertubuhan Islam masih wujud kelemahan dan kekangan yang perlu diatasi segera, kelemahan tersebut termasuk kekurangan menterjemahkan potensi dan meningkatkan kemahiran beroganisasi, keengganan berjuang dalam wadah Ulama’ kerana kepentingan masing-masing. Akibatnya berlaku pengabaian usaha membasmi kejahilan umat. Ulama’ berpecah, umat sengsara dan parah.

Mewaspadai taktik dan rancangan golongan yang memusuhi Islam melalui pelbagai cara sama ada secara terang atau tersembunyi, bersikap lokal, nasional atau global. Maka, para Pertubuhan-Pertubuhan Islam perlu bangkit, bertindak, menyatukan barisan dan menguatkan perpaduan dan intergriti serta berusaha secara jama’i menghadapi tantangan musuh dengan strategi yang lebih berkesan.

Mengambil perhatian bahawa ukuran kejayaan sesuatu usaha Pertubuhan-Pertubuhan Islam bukan terletak kepada semangat dan laungan semata-mata, bukan hanya menghasilkan resolusi demi resolusi tanpa tindakan yang berkesan. Para aktivis, Pertubuhan-Pertubuhan Islam dan pendokong mereka seharusnya berganjak ke suatu paradigma baru yang menekankan strategi bertindak secara rapi , perlaksanaan secara konsisten , mendepani seteru Islam secara berani dan yakin dan membina barisan amilin secara berterusan.

Meneliti bahawa perkembangan muktakhir umat Islam di rantau Palestin, Iraq dan Afganistan terus bergolak angkara tindakan musuh Islam dan kuasa penjajahan disamping kelemahan dalaman umat. Umat Islam seluruh dunia perlu bertindak membantu dan membebaskan saudaranya yang dizalimi.

Mengingati usaha untuk memperkasakan Ummah perlu komitmen berterusan dan dan meningkat. Para aktivis Pertubuhan-Pertubuhan Islam dan anggota mereka serta Ulama’ dan Umara’ perlu membantu dan bekerjasama dalam bidang yang boleh disepakati dan mengelakkan perselisihan yang merugikan umat.

Menginsafi bahawa usaha untuk mencerdaskan umat perlu bermula dengan pendidikan dari peringkat paling dasar hingga ke tahap yang tertinggi, membangun intelektual, membina budaya ilmu, budaya Iqra’ dan menghayatinya dalam kehidupan.

Memahami bahawa status umat masa kini dilihat dari perspektif nasional dan global belum menampakkan kesatuan yang kukuh dan mempunyai kekuatan dari segi rohani, spiritual, dan intelektual Maka usaha berterusan perlu digandakan untuk membantu keadaan yang masih gawat.

Menghayati bahawa tugas murni para aktivis dan pendokong Pertubuhan-Pertubuhan Islam sejak dulu, kini dan selamanya sentiasa berusaha mencerdaskan diri dan umat, menambah ilmu, menegak dan menghayati syariah dan akhlak Islami, melaksanakan amanah Allah serta ikhlas membangun umat secara jama’i.

Maka Kami dari Pertubuhaan-pertubuhan Islam Beriltizam dan Bermuafakat :

  1. Meningkatkan keberkesanan gerakkerja Pertubuhan-Pertubuhan Islam masing-masing demi menyumbang kepada usaha mendaulatkan Islam di negara ini khususnya dan dunia ini amnya.
  1. Menggabungkan seluruh kekuatan antara pertubuhan-pertubuhan Islam dalam suatu saf gertakerja yang lebih tersusun dan berkesan untuk mengangkat martabat umat dalam seluruh bidang kehidupan.
  1. Menjadikan pertubuhan-pertubuhan Islam sebagai wadah pemersatu ummat dan benteng mempertahankan izzah serta kesucian Islam dari segala ancaman musuh.
  1. Mengikis segala sikap dan amalan yang merugikan ummah dalam mendaulatkan Islam dikalangan wadah-wadah Islam samada dalam tindakan individu atau kumpulan. Seluruh anggota aktivis dan kepimpinan organisasi Islam perlu saling menghormati ,mengukuh dan meningkatkan kerjasama yang efektif demi kecemerlangan Islam.
  1. Sentiasa berwaspada dalam menghadapi strategi musuh untuk mengadu domba dan melemahkan organisasi Islam. Semua kepimpinan Islam perlu mengukuhkan persepakatan dalam mengenali gerak geri musuh.
  1. Membina suatu imej yang sentiasa menjadikan pertubuhan-pertubuhan Islam sebagai pembawa mesej penyayang , penegak keadilan dalam sosial dan hak demokrasi kepada segenap masyarakat samada Islam dan bukan Islam.
  1. Sentiasa memberi keutamaan kepada pembinaan syaksiah dan nilai hidup muslim yang sejati melalui pendekatan tarbiyah dan dakwah berkesan kearah mewujudkan model-model masyarakat Islam yang dapat dicontohi.
  1. Sentiasa menggerakan usaha untuk menjadi pembela kepada hak masyarakat yang tertindas dan terpinggir dari proses pembangunan demi mengembalikan kesejahteraan dan kesaksamaan sosial.
  1. Membina jaringan dan penggabungan sumber tenaga dan material untuk membenteras gejala sosial sehingga ke akar umbi.
  1. Mengusahakan gerakerja yang dapat memurnikan kepimpinan politik negara melalui pendidikan awam berkaitan prinsip dan kewajipan politik di dalam Islam.
  1. Sentiasa bergabung tenaga dalam mengarus perdanakan proses menggangkat kepimpinan ulama’ dalam proses pembinaan negara.
  1. Menggiatkan usaha yang lebih tersusun, terancang dan berkesan dalam mengukuhkan status dan kekuatan ekonomi ummat dalam seluruh bidang termasuk pertanian, perkhidmatan, perindustrian dan pengeluaran demi melahirkan masyarakat Islam yang mandiri.
  1. Sentiasa meningkatkan pengembelengan usaha untuk gerak kempen pembasmian rasuah dan penyalahgunaan kuasa dari segenap peringkat.

Allahu Akbar.


Sekian.

_______________________

Mohd Azmi Abdul Hamid

Pengarah Persidangan Pertubuhan-pertubuhan Islam MALAYSIA

Hadis Online